Laman Utama | Unit Kutipan Bayar Balik
UNIT KUTIPAN BAYAR BALIK
Unit ini bertanggungjawab untuk mengendali dan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bayaran balik pinjaman dan tindakan terhadap peminjam yang engkar.
Pembayaran balik pinjaman pendidikan ini adalah sangat penting bagi Yayasan Pahang untuk menjana semula pendapatan bagi meluaskan lagi aktiviti-aktiviti pendidikan termasuk tajaan kepada pelajar di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga ke peringkat tertinggi; meningkatkan pemberian Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR); meningkatkan pembiayaan program-program kecemerlangan, kebajikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.
Unit ini akan mengeluarkan surat tuntutan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada peminjam sebaik tempoh penajaan tamat dan peminjam pula dikehendaki membuat bayaran balik mengikut fasa yang telah ditetapkan selepas enam bulan tempoh penajaan tamat seperti yang termaktub di dalam surat tawaran. Penangguhan bayaran hanya boleh dilakukan sekiranya peminjam menyambung pengajian ke peringkat tinggi dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Pahang.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG
| PERBANKAN ONLINE | : | |
![]() | ||
| KAD DEBIT/KAD KREDIT | : | Pembayaran boleh dibuat di Kaunter Bayaran Balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan. (Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang – Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum) |
| KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA | : | Tuan/puan dikehendaki untuk menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan atau membayar tunggakan. |
| PERMOHONAN SECARA ONLINE | : | Untuk membuat permohonan berikut, sila klik pautan di bawah : https://app2.yp.org.my/SYSPIN_LANDING_PAGE/ |
| PERMOHONAN | 1. Borang Pelupusan Sakit @ Cacat 2. Borang Pelupusan Kematian | |
| HUBUNGI KAMI | : | Tuan/Puan dikehendaki menghubungi Unit Bayaran Balik bagi sebarang urusan kemaskini maklumat berkaitan alamat surat menyurat dan nombor telefon. Berikut senarai nama pegawai-pegawai yang menguruskan kutipan bayaran balik bagi peminjam-peminjam Yayasan Pahang :
|
