Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Soalan-SOALAN Lazim

1.Siapakah yang layak memohon Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah):-
 a.Murid-murid yang berada di Tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa.
 b.Sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
    
2.Bagaimanakah permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) boleh dibuat?
 Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  pada tahun semasa.
  
3.Siapakah yang layak memohon Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)
 a.Murid-murid yang berada di Tahun 3 tahun semasa.
 b.Sedang belajar di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
 c.Kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga dibawah RM2,500 sebulan.
 d.Anak Negeri Pahang Darul Makmur atau
  i.Kedua-dua ibubapa/bapa atau ibu dari Negeri Pahang Darul Makmur dan murid dan kedua-dua ibubapa menetap di Negeri Pahang Darul Makmur atau
  ii.Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah dibawah tanggungan ibubapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  iii.Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibubapa atau penjaga uzur, cacat atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
    
4.Berapakah kadar tajaan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah/Menengah)?
 1.Bagi Tingkatan 1 hingga 6 adalah RM600 setahun.
 2.Bagi Tahun 4, 5 dan 6 adalah RM300 setahun.
   
5.Adakah pihak sekolah perlu menghantar borang permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) dan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) ke Yayasan Pahang (YP)?
 Borang permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) dan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) tidak perlu dihantar ke Yayasan Pahang (YP). Borang permohonan hendaklah dihantar ke sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.
   
6.Apakah program yang ditaja oleh YP.
 Pelajar yang mendapat tempat/tawaran di Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berikut:-
  
 RUJUK TAJAAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG
   
 *Tertakluk Kepada iklan Permohonan Pinjaman Pendidikan YP dari semasa ke semasa
   
7.Bila dan bagaimanakah cara untuk memohon pinjaman pendidikan yp?
 Iklan Pinjaman Pendidikan YP akan diwar-warkan dalam laman sesawang dan media sosial Yayasan Pahang 2 kali setahun (Mei & Disember) tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Permohonan boleh dibuat secara online mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan tersebut.
   
8.Siapakah yang layak untuk memohon Pinjaman Pendidikan YP?
 Pemohon yang layak adalah pemohon yang mengikuti pengajian seperti berikut :-
 
   
9.Salah satu syarat memohon Pinjaman Pendidikan YP adalah anak Negeri Pahang. Apakah yang ditakrifkan sebagai anak Negeri Pahang?
 Anak negeri Pahang Darul Makmur ditakrifkan seperti berikut :-
 a.Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
 b.Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
 c.Bagi pemohon yang ibubapanya BUKAN WARGANEGARA adalah tidak layak memohon.
   
10.Berapa lamakah tempoh Pinjaman Pendidikan YP ini diperolehi?
 Pinjaman Pendidikan YP ini akan diberikan mulai tahun mula ditawarkan sehingga tamat tempoh pengajian yang minimum/normal ditetapkan oleh institusi pengajian.
  
11.Adakah Pinjaman Pendidikan YP ini tertakluk kepada kursus pengajian yang tertentu?
 Pengkhususan kursus hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 IPTA sahaja. Kursus-kursus yang dikategorikan sebagai selektif  dan kritikal  adalah seperti berikut :-
 – Farmasi
– Kejuruteraan & Teknologi
– Ekonomi & Kewangan Islam
– Perakaunan/persijilan profesional perakaunan
– Test of English As a Second Language (TESL)
– Pertanian & industri halal
– Pelancongan & warisan
– Sains data
– Kepintaran pembuatan (artificial intelligence)
– Automasi & robotik
– E-dagang
– Pemasaran digital.
   
12.Berapakah jumlah Pinjaman Pendidikan YP yang akan diterima?
 
   
13.Sekiranya saya memohon, adakah saya terus berjaya ataupun bagaimana?
 Yayasan Pahang akan membuat saringan dan pemilihan permohonan terlebih dahulu. Hanya yang berjaya dalam pemilihan tersebut akan ditawarkan pinjaman ini.
   
14.Bagaimana untuk membuat penyemakan sekiranya permohonan saya berjaya atau tidak? 
 Penyemakan permohonan boleh dibuat melalui sistem permohonan secara online (SISPEN) dengan memasukkan semula Id Pengguna dan kata laluan anda.
   
15.Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh YP selain daripada bantuan biasiswa atau pinjaman.
 1.Dermasiswa Pelajar Miskin bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta  dan Sekolah  Menengah/ Sekolah Rendah.
 2.Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah
   
16.Apakah anugerah-anugerah yang diberikan oleh YP bagi menggalakkan kecemerlangan pelajar di dalam pendidikan.
 1.Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC)
  a)Pelajar cemerlang bagi setiap kategori peperiksaan awam dianugerahkan Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) seperti berikut :
  b)Pelajar mestilah sedang belajar di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) / Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh/ Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Menengah Agama Rakyat / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur
    
17.Bagaimanakah cara untuk saya membuat bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang?
 Bayaran balik boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
 1.Pembayaran secara tunai atau melalui Kad Debit / Kad Kredit di kaunter bayaran balik di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur atau di kaunter Yayasan Pahang di UTC Pahang, Kuantan.
  
 2.Pembayaran atas talian seperti :
  a)CIMB CLICK – http://www.cimbclicks.com.my
(sila klik di ‘Pay Bills, Enter Billers Name, Yayasan Pahang’)
  b)Maybank2U – http://www.maybank2u.com.my
(sila klik di ‘Account & Banking, Education Loan, Yayasan Pahang’)
  c)JomPay
Melalui perbankan internet atau telefon mudah alih dengan akaun semasa atau simpanan (Biller Code: 48538, Ref-1: No KP Peminjam, Ref 2: No. Telefon Peminjam)
  d)Pahang GO – Melalui aplikasi mobil
  e)POS ONLINE (Pej.Pos Daerah) (No Akaun:0601-0725226-05-5)
  f)KIRIMAN WANG/WANG POS/CEK/BANK DRAF atas nama Tabung Pendidikan dan Kebajikan Yayasan Pahang (TAPEN)
    
18.Bolehkah saya mengeluarkan akaun 2 KWSP saya untuk bayaran balik pinjaman YP?
 Ya, boleh. Pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP boleh dilakukan bagi tujuan bayaran balik pinjaman dengan menghubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang untuk mendapatkan pengesahan penyata baki dan syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP. Pengeluaran ini hanya boleh dibuat untuk peringkat pengajian Diploma dan ke atas sahaja.
    
19.Bolehkah saya membayar balik pinjaman dengan membuat potongan gaji?
 Ya boleh. Permohonan untuk membuat potongan gaji boleh dibuat dengan melengkapkan borang potongan gaji dan dihantar ke Yayasan Pahang. Sila berhubung dengan Unit Bayaran Balik terlebih dahulu dan pastikan majikan anda mempunyai kemudahan membuat potongan gaji.
    
20.Bolehkah saya memohon pengurangan bayaran balik pinjaman atas kecemerlangan keputusan peperiksaan?
 Ya, boleh. Permohonan Tukar Syarat Pinjaman boleh dibuat dengan melengkapkan borang Tukar Syarat Pinjaman dan dihantar ke Yayasan Pahang dalam tempoh 2 tahun dari tarikh tamat pengajian bersama dokumen berkaitan.
    
21.Apakah yang perlu dilakukan sekiranya peminjam meninggal dunia?
 Waris peminjam hendaklah memaklumkan kepada Unit Bayaran Balik dengan melengkapkan borang Pelupusan Kematian dan dihantar ke Yayasan Pahang bersama salinan sijil kematian dan dokumen berkaitan.
    
22.Kenapa saya tidak dapat resit bayaran?
 Resit bayaran diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik di kaunter bayaran balik di Kompleks Yayasan Pahang dan di kaunter YP di UTC Pahang, Kuantan sahaja. Resit pembayaran untuk pembayaran secara atas talian boleh disemak/dicetak secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Pahang.
 https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
 Masukkan no kad pengenalan peminjam tanpa dash (‘-“) sebagai ID dan Kata Laluan untuk log in sistem tersebut.
    
23.Bagaimana saya hendak semak baki pinjaman bayaran balik saya?
 Baki pinjaman bayaran balik(Penyata Baki) boleh disemak/dicetak secara atas talian (online) di laman web rasmi Yayasan Pahang.
 https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
 Masukkan no kad pengenalan peminjam tanpa dash (‘-“) sebagai ID dan Kata Laluan untuk log in sistem tersebut.
    
24.Kenapa saya masih mendapat peringatan sedangkan saya aktif membayar balik?
 Jika peminjam masih mempunyai tunggakan pinjaman, peminjam akan sentiasa mendapat peringatan walaupun aktif membuat bayaran. Sila hubungi Unit Bayaran Balik untuk membuat perbincangan.
   
25.Kenapa saya tidak mendapat apa-apa surat berkenaan bayaran balik?
 Selain dari surat, Unit Bayaran Balik juga menghubungi peminjam melalui SMS, Email atau Whatsapp. Unit Bayaran Balik menghantar surat/notis melalui pos dan jika peminjam tidak menerima surat tersebut berkemungkinan besar surat tersebut tidak dituntut di pejabat pos atau alamat peminjam telah bertukar tanpa pemakluman kepada YP atau mengemaskini di laman web rasmi YP.
  
26.Bagaimanakah saya hendak mengemaskini maklumat terkini saya?
 Peminjam boleh mengemaskini maklumat terkini (data asas) seperti alamat, nombor telefon, alamat email, pekerjaan dan gaji di laman web Yayasan Pahang.
 https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx
Dikemaskini pada: October 31, 2023, 9:24 am