Laman Utama | Program Bantuan Pendidikan | Biasiswa Tahfiz Profesional
Program-Program Bantuan Pendidikan
BIASISWA TAHFIZ PROFESIONAL JAKIM/UIAM
Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 2002 bertujuan untuk mewujudkan golongan profesional yang juga mampu menghafaz Al-Quran.
Ianya dibuka kepada pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum serta berkemampuan untuk mengikuti Kursus Persijilan Tahfiz Al-Quran anjuran JAKIM disamping mendapat tempat pengajian peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dalam jurusan profesional.
KELAYAKAN MEMOHON
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-- Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
- Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
 
- Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh Darul Quran serta mendapat tawaran mengikuti program Persijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM/UIAM.
KADAR PENAJAAN
| PERINGKAT | NILAI BIASISWA | 
| Sijil Tahfiz | RM6,600 (1 setengah tahun) | 
| Matrikulasi | RM5,000 (setahun) | 
| Ijazah Sarjana Muda | Kadar Setahun – Elaun Sara Hidup – RM5,000 – Elaun Buku – RM200 – Yuran Pengajian Sebenar | 
Dikemaskini pada: July 30, 2025, 10:21 am 
						 
								