Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

-+=

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Yayasan Pahang

logos web rasmi sub 1

Pengumuman

Pengumuman

Program-Program Bantuan Pendidikan

BIASISWA ANAK YATIM
Biasiswa Anak Yatim  mula diperkenalkan pada tahun 2020 bertujuan  memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu dan  miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup golongan ini  dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

KELAYAKAN MEMOHON

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :- Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
2. Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
3. Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu dengan had pendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah.
4. Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM semasa seperti berikut :
a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)- Minimum lima ( 5 ) kepujian
b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)- Minimum CGPA 2.50
c) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)- Minimum Jayyid Jiddan
5. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara sahaja secara sepenuh masa.
6. Mempunyai sahsiah dan taraf kesihatan yang baik.
KADAR PENAJAAN
Kadar Penajaan – RM7,000/tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda

 

Dikemaskini pada: November 10, 2021, 12:58 pm