Laman Utama | Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
| Bagi memastikan Yayasan Pahang sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Pahang dalam memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pelanggan; Maka Kami Berjanji akan memberikan perkhidmatan yang komited dan profesional melalui layanan mesra dan sedia membantu untuk mencapai setiap objektif dengan tepat, cekap dan cepat dengan : | |
| 1. | Mengagihkan Bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) kepada pelajar sediada dan baru sebelum sesi persekolahan bermula. | 
| 2. | Mengagihkan bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kepada pelajar baru dalam tempoh 3 bulan dari penerimaan borang yang lengkap. | 
| 3. | Mengagihkan bayaran Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kepada pelajar sediada dalam bulan Januari dan Mei. | 
| 4. | Mengeluarkan bayaran pertama kepada peminjam pendidikan dalam tempoh 30 hari dari penerimaan dokumen perjanjian yang lengkap. | 
| 5. | Mengeluarkan bayaran kepada peminjam pendidikan sediada dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran atau arahan bayaran. | 
| 6. | Proses penyediaan bayaran tidak melebihi 14 hari dari tarikh terima tuntutan bayaran. | 
| 7. | Menangani masalah yang timbul dalam tempoh kurang dari 7 hari bekerja. | 
| 8. | Sebarang pertanyaan atau aduan akan diambil tindakan dengan serta merta atau selewat-lewatnya tiga hari bekerja. | 
Dikemaskini pada: July 30, 2025, 10:32 am 
						 
								